線下活動學習

2020 Kelas E-Dagang SITEC 101BM: Perniagaan Melalui Media Sosial (Social Commerce)

67
1
2020.01.21 (Tue) 13:30 - 16:00 (GMT+8)加入行事曆

線下活動

報名完成後出示 ACCUPASS App 中的票券即可快速入場。

實際入場相關規定以活動主辦方為主。

如何取票?
Perniagaan melalui media sosial berfungsi untuk membantu perniagaan e-dagang berkembang lebih besar. Kebanyakan peniaga e-dagang menggunakan platform media sosial seperti Facebook & Instagram untuk mempromosikan dan menjual produk dan perkhidmatan.
Perniagaan melalui media sosial berfungsi untuk membantu perniagaan e-dagang berkembang lebih besar. Kebanyakan peniaga e-dagang menggunakan platform media sosial seperti Facebook & Instagram untuk mempromosikan dan menjual produk dan perkhidmatan.

線下活動

報名完成後出示 ACCUPASS App 中的票券即可快速入場。

實際入場相關規定以活動主辦方為主。

如何取票?
活動簡介

KELAS E-DAGANG TERKENAL SITEC KEMBALI DI TAHUN 2020 DENGAN BARISAN JURULATIH DAN TOPIK YANG BARU YANG AKAN MEMBANTU ANDA MENGEMBANGKAN PERNIAGAAN E-DAGANG ANDA!

MODUL: PENGENALAN KEPADA E-DAGANG (INTRODUCTION TO E-COMMERCE)

TOPIK: EC101BM - PERNIAGAAN MELALUI MEDIA SOSIAL (SOCIAL COMMERCE)

BAHASA: BAHASA MALAYSIA

Mengenai kelas ini

Perniagaan melalui media sosial (Social Commerce) berfungsi untuk membantu perniagaan e-dagang berkembang lebih besar. Kebanyakan peniaga e-dagang menggunakan platform media sosial seperti Facebook & Instagram untuk mempromosikan dan menjual produk dan perkhidmatan. Kejayaan perniagaan e-dagang melalui media sosial diukur dengan sejauh mana pengguna berinteraksi melalui 'LIKE' dan 'SHARE'.

Peniaga e-dagang kebiasaanya menyiarkan mesej dengan ciri interaktif untuk mempromosikan jualan atas talian. Sebahagian daripada teknik yang digunakan termasuk:

1) Menjemput pengguna untuk mengundi pilihan produk
2) Menawarkan perkhidmatan pilihan peribadi (personalized)
3) Menggunakan imej grafik yang besar dan menarik untuk menarik klik daripada pengguna
4) Menggunakan video untuk menunjukkan produk yang digunakan dari pelbagai sudut
5) Memaparkan foto, ulasan, dan maklum balas pengguna
6) Menggunakan selebriti terkenal untuk memasarkan produk
7) Menghubungkan terus ke troli beli-belah atas talian
8) Menawarkan promosi atau pemberian hadiah kepada pengguna yang berkongsi produk pada media sosial mereka

Sebagai contoh, blog berkaitan fesyen dan beli-belah menggunakan sosial media untuk menarik minat pembeli untuk membeli barangan yang mereka di platform e-dagang. Banyak blog fesyen popular mempunyai akaun Instagram yang membolehkan pengikut 'LIKE', 'SHARE' & 'COMMENT' mengenai produk mereka yang terdaapt di pasaran.

Jadi, kesimpulannya:
1) Perniagaan melalui media sosial mempromosikan produk dan perkhidmatan melalui laman sosial
2) Bilangan 'LIKE' dan 'SHARE' adalah ukuran kejayaan untuk kempen e-dagang
3) Perniagaan melalui media sosial juga menawarkan nasihat dan sokongan mengenai produk yang dibeli kepada pembeli atas talian

Apa tunggu lagi? Sertai kelas e-dagang yang akan datang kerana kami bawakan kepada anda pakar-pakar daripada dunia e-dagang untuk berkongsi dengan anda petua dan pengetahuan yang berguna yang boleh anda gunakan dalam perniagaan e-dagang anda.

DAFTAR SEKARANG SEBELUM TEMPAT DUDUK PENUH! KELAS INI PERCUMA. TIADA SEBARANG BAYARAN DIKENAKAN.


Agenda

13:30 Pendaftaran

14:00 Pengenalan kepada SITEC

14:10 Jurulatih 1 - Tuan Zodie, E-Commerce Business Consultant di AVANA

15:10 Jurulatih 2 - Tuan Azharee, CEO di Akademi Usahawan Mikro

16.00 Sesi bergambar beramai-ramai, minuman ringan dan sesi berkenalan

* Kelas ini akan diadakan di dalam Bahasa Malaysia

Siapakah yang patut hadir?

Peniaga e-dagang, penyelenggara teknologi maklumat & internet, peniaga kecil & sederhana, peruncit, kedai rantaian, usahawan, graduan universiti dan sesiapa sahaja yang berminat.

Pertanyaan & Pendaftaran:

Laman Web: http://bit.ly/2020ECCLASSSCHEDULE
Emel: ecclass@sitec.com.my
Tel: 0104419960 (Salman)
Program ini dianjurkan oleh SITEC dengan sokongan daripada Invest Selangor. Kemasukan adalah PERCUMA.

Mengenai SITEC:

SITEC ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2015. Kami menganjurkan siri seminar yang bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan berkaitan e-dagang bagi perusahaan kecil dan sederhana. Kami juga akan menjadi tuan rumah bagi majlis forum dan panel perbincangan serta mengundang beberapa orang usahawan e-dagang yang telah berjaya dan cemerlang untuk berkongsi kisah suka duka & pengalaman mereka dalam dunia e-dagang.


Kelas ini adalah percuma, tiada sebarang bayaran akan dikenakan. Jika anda sudah mendaftar dan tidak dapat hadir di saat-saat akhir, sila maklumkan kepada pihak SITEC melalui e-mel (ecclass@sitec.com.my) atau melalui aplikasi WhatsApp di 010 441 9960 (supaya pihak kami boleh memberitahu pihak katerer tentang kuantiti makanan yang perlu disediakan untuk mengelakkan pembaziran).

SITEC juga telah menjemput syarikat-syarikat daripada industri e-dagang untuk datang dan membuka kaunter. Anda boleh melawat kaunter-kaunter mereka sebelum dan selepas kelas e-dagang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan e-dagang yang ditawarkan.

Berikut adalah sedikit peringatan untuk anda:

1) Pendaftaran

Kelas akan bermula pada pukul 2.00 petang dan pendaftaran akan bermula tepat pada pukul 1.30 petang. Proses daftar masuk adalah mudah, anda hanya perlu tunjukkan kepada kami kod QR tiket mudah alih anda, atau beritahu kami nama yang anda daftarkan.

2) Tempat duduk

Anda bebas untuk duduk dimana-mana. Sila penuhkan barisan hadapan dahulu. :)

3) Minum petang

Minuman petang dan makanan ringan ada disediakan untuk peserta selepas kelas tamat.

4) Lokasi

Berikut adalah lokasi kami di dalam i-City Shah Alam (https://goo.gl/maps/nd3Ma8sHUwm). SITEC berada di blok E-28-1, di tingkat 1, beri perhatian kepada bunting biru di tangga sebagai penanda ke SITEC.

5) Kadar Tempat Letak Kereta

- Isnin hingga Ahad (6 pagi - 7 malam): RM3 untuk 2 jam pertama dan penambahan RM3 untuk 2 jam berikutnya.

- Isnin hingga Ahad (6 petang - 6 pagi): RM10 sekali masuk

6) Jadual kelas percuma yang akan datang

Diharap dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai e-dagang.

Sekian,

SITEC E-Commerce Division
0104419960 (Salman)
SITEC

avatar

Selangor Information Technology & E-Commerce Council (SITEC)

2020 Kelas E-Dagang SITEC 101BM: Perniagaan Melalui Media Sosial (Social Commerce)

2020.01.21 (Tue) 13:30 - 16:00 (GMT+8)

活動地圖

Selangor Digital Creative Centre, Malaysia

loading