KELAS E-DAGANG SITEC BAHASA MALAYSIA YANG TERAKHIR ADALAH EC301BM: PEMASARAN DIGITAL
Untuk kelas yang pertama, anda telah belajar tentang elemen-elemen penting untuk memulakan perniagaan e-dagang. Di ikuti dengan kelas kedua berkenaan cara-cara menguruskan produk di pasaran e-dagang. Jadi, untuk langkah seterusnya adalah bagaimana pula cara cara untuk memasarkan produk di dalam dunia digital?
Pemasaran digital adalah suatu usaha untuk mempromosikan sesuatu produk dengan menggunakan media digital yang dapat menjangkau pengguna secara lebih meluas. Tips pemasaran digital merangkumi banyak teknik dan tips yang terkandung dalam kategori pemasaran internet.
Pemasaran digital turut menggabungkan beberapa faktor yang akan menjadi media baru dengan kapasiti yang lebih besar. Pemasaran melalui digital sedang diperluas untuk membantu para peniaga dan usahawan di era dunia digital ini untuk mempromosikan produk mereka dengan lebih meluas.
Apa tunggu lagi, sertai jurulatih kami di Kelas E-Dagang SITEC 301 BM: Pemasaran Digital
Kami bawakan kepada anda pakar-pakar daripada dunia e-dagang untuk berkongsi dengan anda tips-tips dan ilmu-ilmu yang bermanfaat yang anda boleh gunakan di dalam perniagaan e-dagang anda.
JOM DAFTAR SEKARANG!!
Aturcara
13:30 Sesi Pendaftaran
14:00 Pengenalan tentang SITEC
14:10 Jurulatih : Sifu Munir, Marketing Manager di Sifufbads Sdn Bhd
15:10 Penceramah Jemputan 1 : Sulaiman Mokhtar, E-Commerce Business Consultant di Avana.asia
15:40 Penceramah Jemputan 2 : Anis Al Idrus, Selebriti & E-Commerce Entrepreneur
16.00 Jamuan Ringan dan Sesi Berinteraksi
* Kelas ini akan dijalankan dalam Bahasa Malaysia.
Siapakah yang patut hadir?
Para peniaga e-dagang, penyelenggara teknologi maklumat & internet, peniaga kecil & sederhana, peruncit, kedai rantaian, usahawan, graduan universiti dan sesiapa sahaja yang berminat.
Pertanyaan & Pendaftaran:
Laman Web: http://bit.ly/2019ECCLASSSCHEDULE
Emel: ecclass@sitec.com.my
Tel: 0172609960 (Salman)
Program ini dianjurkan oleh SITEC dengan sokongan daripada Invest Selangor. Kemasukan adalah PERCUMA.
Mengenai SITEC:
SITEC ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2015. Kami menganjurkan siri seminar yang bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan berkaitan e-dagang bagi perusahaan kecil dan sederhana. Kami juga akan menjadi tuan rumah bagi majlis forum dan panel perbincangan serta mengundang beberapa orang usahawan e-dagang yang telah berjaya dan cemerlang untuk berkongsi kisah suka duka & pengalaman mereka dalam dunia e-dagang.
Jadual kelas percuma yang akan datang:

Diharap dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan esok dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai e-dagang.


